Hari Bersama Komuniti PI Bawang Assan
17 Disember 2017 | Aktiviti TerkiniPada 16 Disember 2017 (Sabtu) yang lalu, Pusat Internet (PI) PPR Sibujaya telah bekerjasama dengan PI PPR Seduan Rantau Panjang bagi menjayakan Program Hari Bersama Komuniti PI Bawang Assan. Program ini bertempat di PI Bawang Assan dan bermula dari jam 8:00 pagi hingga jam 1:00 petang.
Pada hari tersebut pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, antaranya adalah Pendaftaran Keahlian PI percuma dan Mini ICT Explorace – Advokasi Challenge. Selain itu, penyampaian hadiah bagi pertandingan Poster dan pertandingan Mini ICT Explorace sempena Hari Bersama PI Bawang Assan juga turut diadakan pada hari yang sama. Serama 51 orang pengunjung yang hadir ke program tersebut. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara staf PI dengan komuniti setempat serta mempromosikan PI Bawang Assan sebagai pusat sehenti masyarakat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: